Friday, November 12, 2010

Baju Asas Untuk Penjagaan Tulang bhg. 2



Baju Asas begitu penting sekali. Jika kita tidak memakai baju asas, ia serupa membakar kek tanpa dimasukkan ke loyang! Bahan kek akan melempah kemana mana! Ini serupa seperti makanan yang kita makan, tanpa baju asas yang bagus, badan kita tidak dapat di kawal dan akan membesar tanpa sekatan.
Terdapat dua jenis badan: Badan yang isinya lembut dan badan yang isinya agak pejal (firm). Jika mempunyai badan yang isinya lembut, pemakaian baju asas agak senang untuk di kawal. Badan yang pejal memerlukan baju asas yang agak lebih tahan lasak.
Mengenakan Baju Asas dapat mengubah bentuk tubuh dengan cepat. Perbandingan yang ketara dapat di lihat bila seseorang mengenakan baju asas. Di samping membentuk tubuh, baju asas juga dapat menjaga ketegapan kita dengan cara kita berjalan atau berdiri dan duduk. Baju asas dapat menjamin kesempurnaan kesihatan dan juga kecantikan badan.

Wednesday, November 10, 2010

Baju Asas Untuk Penjagaan Tulang Belakang





Baju Asas amat penting. Ramai kaum hawa yang tidak mahu membelanjakan wang mereka yang lebih untuk pakaian asas (pakaian dalam)kerana mereka beranggapan yang pakaian dalam tidak ada yang nampak!!!
Pakaian asas dapat menolong membantu cara kita bergerak dan juga menjaga tulang belakang kita.Bila mana mengenakan pakaian dalam yang bagus, sekali gus badan dan tubuh kita dapat di jaga rapi.Pakaian dalaman yang baik dapat menyokong tulang belakang dan memperlihatkan badan yang cantik dan menarik.

Monday, November 1, 2010

Tabita...Pengalaman sendiri

Seperti ramai wanita, saya memang gemar mencantikkan diri, apa lagi kalau untuk muka.Dah beribu RM yang saya bazirkan, tetapi muka tetap sama je!!! Muka saya selama ini memang ada bekas jerawat (parut/lubang)dan garis halus yang mengingatkan kita bahawa diri dah mula memasukki alam senja.He he he
Mula mula saya agak ragu ragu untuk memakai Tabita, apa lagi bila harga yang saya dengar dari seorang kenalan sungguh memeranjatkan.....RM1200 untuk pek regular dan RM1800 untuk pek exclusif!!! Mak datok, mahal giler!!! Tetapi dengan kuasa Allah, saya dapat membeli dari seorang dealer dengan harga yang betul2 rendah....RM550.00 sahaja!
Pada malam tu, saya dah tak sabar nak mencubanya! Tepat jam 8.45pm lepas je solat Isyak, terus cuci muka dan mencuba Tabita.Paginya pula, bangun terus check kat cermin, ada apa2 perbezaan ke? Mana ada, baru pakai satu malam!
Beberapa hari yang seterusnya, saya memakai Tabita dengan begitu tekun dan yakin! Minggu pertama, muka saya nampak agak kering dan tanda mengelupas yang halus halus ternampak di kulit muka.Saya teruskan memakainya.
Minggu kedua, muka dah mula nampak cerah, sampai cik abang pun dah mula tegur! Hati saya dah mula rasa suka dan memanjatkan kesyukuran pada Illahi yang telah menemukan saya dengan skin care yang bernama Tabita!
Hari ini telah genap 9 bulan saya memakai Tabita. Lubang bekas jerawat dan parut serta garis halus mula hilang , dan kulit kelihatan muda dan cerah!!!
Keyakinan saya pada Tabita terus memuncak bila saya dapati yang Tabita memang tanpa Hydroquinon dan Mercury. Tabita di racik memakai bahan alam semula jadi.
Sabun:papaya jepun
Toner:Lauric acid dari kelapa
Day cream:papaya jepun, kolegen, vit.C&E
Night cream:serbuk mutiara
Sekarang, saya mengurangi pemakaian toner sebab kulit saya dah cantik(Alhamdulillah). Toner hanya di pakai 3/4 kali seminggu.
Dengan pengalaman saya ni, saya mula recommend kan buat teman2 yang bermasaalah seperti saya. Alhamdulillah, semua happy dan muka terus cerah dan gebu!!!

Wednesday, October 6, 2010

Minuman Badam ( Almond Meal)



Almond Meal atau Minuman Badan ialah satu pemakanan yang cukup lengkap. Ia baik untuk tubuh kita.
Khasiat Buah Badan:
1.Kajian yang di lakukan di Amerika menghasilkan penemuan yang cukup memberansangkan. Buah Badan dapat mengelak dari serangan jantung!Hanya dengan segenggam Badam Sehari atau Secawan Minuman Badam (Almond Meal) dapat menurunkan kadar kolesterol dalam badan.
2.Baik untuk anak anak juga. Kajian menunjukkan kadar IQ yang lebih tinggi bila minum/makan buah badam.
3.Buah Badam juga dapat mencantikkan kulit wajah dan kulit badan.Ini disebabkan buah badam mengandunggi Vit.E(yang tinggi) yang dapat melembabkan kulit.
4.Kandungan lemak yang ada dalam buah badan adalah lemak yang sehat. Jadinya, dengan pengambilan Minuman Badam anda akan dapat menurunkan berat badan anda juga.
Kandungan Minuman Badam:
1.Ada 2 pek di dalamnya(250gm setiap satu)
2.Tanpa bahan pengawit
3.Tanpa Pewarna dan
4.Tanpa kanji.

Cara Pemakaian Tabita



Apa yang anda dapat di dalam set Tabita:
1.Sabun muka
2.Penyegar (smooth lotion)
3.Krim Siang
4.Krim Malam
Cara Pemakaian Tabita:
Pakai sabun pembersih(Facial soap), secukupnya, jangan di lap dengan kain/tuala.…tunggu setengah kering, gunakan penyegar(smooth lotion) dengan kapas sebanyak 3 titik, di sapu perlahan-lahan hingga rata, setelah itu gunakan krim malam atau krim pagi(bersesuaian dengan masa).
Apa akan terjadi seterusnya:
Pada pemakaian sepuluh hari pertama kulit akan terasa agak panas atau kemerah-merahan (jika kita sebelumnya pernah menggunakan cream kecantikan yang lain mungkin tidak terasa apa2).
Pemakaian dari wajah hingga leher.
Pada pemakaian leher akan terasa gatal2, teruskan pemakaian, kurangi smooth lotion hanya 2 titik saja.Lebih kurang 2 minggu kulit akan menjadi normal. Terlihat hasilnya setelah satu bulan…dalam satu bulan itu elakkan dari mengguna produk lain/jangan di campur dengan produk lain, kalau memang terpaksa pakai bedak cuba dapatkan dari tabita skin care sahaja…sebaik mungkin dalam satu bulan jangan gunakan bedak jika ingin hasil yang maksima.

Ramuan Utama Tabita




Bahan utama yang di guna adalah Pepaya Jepun(Japanese papaya -lihat gambar di atas).Pepaya mengandungi enzyme yang dikenali sebagai 'Papain'.Orang2 Jepun memang sudah lama membuat kajian tentang enzyme ini dan mereka telah menggunakan enzyme ini untuk produk2 skincare yang berunsur anti-penuaan (Anti-Aging Products).
Di dalam Tabita, ekstrak pepaya ini telah dijadikan sebagai bahan utama. Olih itu kita akan terasa betapa bagusnya Tabita apabila kita mencubanya. Bukan senang nak dapatkan ekstrak pepaya. Bukan bolih di korek/cungkil begitu aje!!!
Satu lagi bahan yang penting di dalam Tabita ialah Serbuk Mutiara.Di Korea/Jepun, serbuk mutiara adalah bahan yang paling penting pada mana2 skincare, sebab ianya dapat memberi khasiat yang bagus pada kulit.Serbuk Mutiara juga adalah bahan yang penting untuk merawat anti-penuaan.
Bahan2 lain seperti kolagen, vitamin C dan E serta teh jepun juga di campur untuk ramuan Tabita.
Semua produk Tabita sangat baik dan InsyaAllah tanpa kesan sampingan. Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan jika di pakai secara teratur, kesannya akan nampak dengan cepat. Kulit anda akan kelihatan putih, segar , tidak berminyak dan tanpa bintik2 hitam lagi.

Tabita Skin Care




Tabita - Produk Penjagaan Kulit Untuk SEMUA!!!
Tabita - Satu nama yang sering di sebut sekarang. Ianya satu nama yang aneh. Asal 'Tabita' dari Negara Jepun. Produk ini menjadi buah mulut ramai peminat di sini kerana produk ini dapat mengatasi pelbagai macam masaalah kulit baik untuk wanita mau pun lelaki.
Tabita bolih mengimbangkan kembali keadaan kulit yang tak seimbang. Jika berminyak, Tabita akan memulihkannya hingga menjadi kulit biasa yang normal. Dan jika kulit kering, Tabita juga mampu mengembalikannya pada kulit yang lebih lembab.
Produk Tabita sesuai untuk semua, termasuk lelaki. Bukan semua produk wanita sesuai untuk lelaki, tetapi Tabita agak unik. Tabita, dengan rumusan alam yang semulajadi mampu untuk membuat perawatan kulit untuk wanita dan juga lelaki!!!
Walaupun pada zahirnya kulit lelaki dan wanita tidak sama, tapi Tabita telah banyak membuat kejutan - ramai kaum adam yang mencari Tabita untuk masaalah kulit yang mereka hadapi. Ada juga yang hanya ingin menjadi lebih gante'ng(handsome). Ini disebabkan Tabita tidak ada haruman, tidak susah untuk diguna, tidak berminyak dan ia cukup berkesan.