Friday, November 12, 2010

Baju Asas Untuk Penjagaan Tulang bhg. 2



Baju Asas begitu penting sekali. Jika kita tidak memakai baju asas, ia serupa membakar kek tanpa dimasukkan ke loyang! Bahan kek akan melempah kemana mana! Ini serupa seperti makanan yang kita makan, tanpa baju asas yang bagus, badan kita tidak dapat di kawal dan akan membesar tanpa sekatan.
Terdapat dua jenis badan: Badan yang isinya lembut dan badan yang isinya agak pejal (firm). Jika mempunyai badan yang isinya lembut, pemakaian baju asas agak senang untuk di kawal. Badan yang pejal memerlukan baju asas yang agak lebih tahan lasak.
Mengenakan Baju Asas dapat mengubah bentuk tubuh dengan cepat. Perbandingan yang ketara dapat di lihat bila seseorang mengenakan baju asas. Di samping membentuk tubuh, baju asas juga dapat menjaga ketegapan kita dengan cara kita berjalan atau berdiri dan duduk. Baju asas dapat menjamin kesempurnaan kesihatan dan juga kecantikan badan.

Wednesday, November 10, 2010

Baju Asas Untuk Penjagaan Tulang Belakang





Baju Asas amat penting. Ramai kaum hawa yang tidak mahu membelanjakan wang mereka yang lebih untuk pakaian asas (pakaian dalam)kerana mereka beranggapan yang pakaian dalam tidak ada yang nampak!!!
Pakaian asas dapat menolong membantu cara kita bergerak dan juga menjaga tulang belakang kita.Bila mana mengenakan pakaian dalam yang bagus, sekali gus badan dan tubuh kita dapat di jaga rapi.Pakaian dalaman yang baik dapat menyokong tulang belakang dan memperlihatkan badan yang cantik dan menarik.

Monday, November 1, 2010

Tabita...Pengalaman sendiri

Seperti ramai wanita, saya memang gemar mencantikkan diri, apa lagi kalau untuk muka.Dah beribu RM yang saya bazirkan, tetapi muka tetap sama je!!! Muka saya selama ini memang ada bekas jerawat (parut/lubang)dan garis halus yang mengingatkan kita bahawa diri dah mula memasukki alam senja.He he he
Mula mula saya agak ragu ragu untuk memakai Tabita, apa lagi bila harga yang saya dengar dari seorang kenalan sungguh memeranjatkan.....RM1200 untuk pek regular dan RM1800 untuk pek exclusif!!! Mak datok, mahal giler!!! Tetapi dengan kuasa Allah, saya dapat membeli dari seorang dealer dengan harga yang betul2 rendah....RM550.00 sahaja!
Pada malam tu, saya dah tak sabar nak mencubanya! Tepat jam 8.45pm lepas je solat Isyak, terus cuci muka dan mencuba Tabita.Paginya pula, bangun terus check kat cermin, ada apa2 perbezaan ke? Mana ada, baru pakai satu malam!
Beberapa hari yang seterusnya, saya memakai Tabita dengan begitu tekun dan yakin! Minggu pertama, muka saya nampak agak kering dan tanda mengelupas yang halus halus ternampak di kulit muka.Saya teruskan memakainya.
Minggu kedua, muka dah mula nampak cerah, sampai cik abang pun dah mula tegur! Hati saya dah mula rasa suka dan memanjatkan kesyukuran pada Illahi yang telah menemukan saya dengan skin care yang bernama Tabita!
Hari ini telah genap 9 bulan saya memakai Tabita. Lubang bekas jerawat dan parut serta garis halus mula hilang , dan kulit kelihatan muda dan cerah!!!
Keyakinan saya pada Tabita terus memuncak bila saya dapati yang Tabita memang tanpa Hydroquinon dan Mercury. Tabita di racik memakai bahan alam semula jadi.
Sabun:papaya jepun
Toner:Lauric acid dari kelapa
Day cream:papaya jepun, kolegen, vit.C&E
Night cream:serbuk mutiara
Sekarang, saya mengurangi pemakaian toner sebab kulit saya dah cantik(Alhamdulillah). Toner hanya di pakai 3/4 kali seminggu.
Dengan pengalaman saya ni, saya mula recommend kan buat teman2 yang bermasaalah seperti saya. Alhamdulillah, semua happy dan muka terus cerah dan gebu!!!